#GoogleJer

Googlejer.Com → Fakta Informasi Seluruh Dimensi

  • #Googlejer™
  • #SEJARAH
  • #BERITA
  • #FAKTA
    • #TEKNOLOGI
    • #ARKITEKTUR
    • #HAIWAN
    • #TUMBUHAN
    • #ALAM
    • #GOOGLE
  • #UNIK
  • #SUKAN
  • #GAYA
  • #TIPS

Tips Penjagaan Kereta. Jangan Buat Kesilapan Ini!

Dikemaskini pada 29/12/2017

Jumlah Bacaan : 205

KESILAPAN PENJAGAAN KERETA YANG MERUGIKAN ANDA

Tips Penjagaan Kereta. Jangan Buat Kesilapan Ini! Macam mana ada kereta yang boleh tahan sehingga 15 tahun, lasak lagi, takde masalah nak start enjin pagi-pagi, overhaul pun tak pernah perlu buat. Tapi ada kereta baru pakai 3-4 tahun dah overheat dan macam-macam kena tukar sampai pemilik rasa nak buang je kereta tu atau menyesal beli? Kenapa ada kereta banyak makan wang, tapi ada kereta menjimatkan tuannya? Untuk jaga kereta tip top, sila baca kesilapan penjagaan kereta yang berikut..yang baik dijadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Tips Penjagaan Kereta Mudah

+ TAK TUKAR MINYAK HITAM PADA MASANYA

Ini mungkin berlalku pada pemilik kenderaan yang kurang pengetahuan asas penjagaan kereta, pelupa, terlalu sebok dan seumpamanya.

Minyak hitam adalah pelincir enjin anda. Bayangkan jika minyak hitam tidak ditukar pada masanya. Kebanyakkan masalah enjin boleh dielakkan dengan penukaran minyak hitam pada masanya. Minyak yang tidak ditukar boleh menjadi pekat dan merosakkan piston ring dan jika terlalu lama, menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk. Contohnya seal dan gasket menjadi keras. Minyak yang kurang atau tak berkualiti atau kotor tidak melindungi piston ring dan sebaliknya melekat pada piston ring.

Minyak hitam perlu berada dalam kualiti yang baik kerana ia berfungsi untuk

– Mengurangkan kegesaran komponen
– Membersihkan enjin
– Menghalang karat
– Membantu sealing
– Menyejukkan enjin

Bayangkan masalah yang anda mungkin hadapi jika minyak hitam anda tak ditukar bila sepatutnya, anda ter’lajak’ dan menggunakan kereta anda untuk perjalanan jauh, pergi dan balik. Bila mekanik tengok, enjin anda dah diselaputi minyak hitam pekat.

+TAK TUKAR MINYAK GEARBOX

Ada pemilik kenderaan yang beranggapan bahwa dari masa ke semasa mereka perlu tukar minyak hitam dan oil filter sahaja dan ini sudah memadai. Ini tidak benar sama sekali.

Memandu dengan minyak gearbox yang kurang atau kotor akan menyebabkan komponen gearbox anda haus dan akhirnya mengakibatkan kerosakan gearbox yang memakan kos yang tinggi.

Dari masa ke semasa, minyak gearbox anda akan berkurangan kualitinya. Akhirnya minyak gearbox yang lama tidak lagi mampu melincirkan kompoenen komponen yang bergerak dalam gearbox anda dan mengakibatkan ia haus. Besi besi dari komponen yang haus akan bercampur dengan minyak gearbox dan mengakibatkan kerosakan yang lebih parah.

Berapa kerap anda perlu menukar minyak gearbox anda? Sila ikut manual atau jadual servis jenama/model kereta anda. Secara umumnya, sekitar 25,000 km bagi kereta auto atau 60,000 km bagi kereta manual. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah jenama dan model kereta, penukaran ini boleh dilakukan lebih lambat lagi.

Bagaimana jika anda terlupa untuk menukar minyak gearbox untuk satu jangkamasa tertentu, apakah yang terjadi? Anda perlu tahu bahwa setiap kali anda menukar minyak gearbox, melainkan ia diflush dan ditukar semuanya, tanpa flush, hanya sebahagian dari minyak gearbox yang ditukar kerana yang lain akan terperangkap dalam system. Dengan memastikan bahwa minyak gearbox anda ditukar mengikut jadual, setelah beberapa kali ditukar, akhirnya tiada lagi minyak gearbox yang lama yang berada dalam sistem gearbox anda.

+TAK TUKAR AIR FILTER

Ini lagi satu masalah, kerana air filter yang kotor menghalang udara bersih untuk masuk ke dalam system enjin. Air filter adalah umpama hidung kepada badan kita. Jika hidung kita tersumbat, kita akan kekurangan oksigen dan badan tak berasa selesa.

Kereta yang tak dapat udara bersih atau mendapat udara kotor, akan merosakkan spark plug dan menganggu perjalanan enjin. Jika dibiarkan terlalu lama atau kotoran/debu halus boleh masuk ke dalam enjin, sesetengah getah/komponen enjin anda akan haus seperti piston ring selain masalah-masalah lain.

Jika anda tak pasti samada nak tukar air filter atau tidak, sila minta mekanik anda untuk membuat pemeriksaan keadaan air filter anda atau tukar sahaja setiap 20,000 km atau mengikut jadual penyelenggaran jenama kereta anda. Jika musim jerebu, anda mungkin perlu tukar air filter anda lebih cepat dari biasa. Jika anda menggunakan KN air filter, pastikan ia dibersihkan dari masa ke semasa.

+ TAK TUKAR COOLANT PADA MASANYA ATAU MENGGUNAKAN AIR PAIP

Ini akan menyebabkan karat pada cooling system dan merosakkan komponen penyejukan sistem kereta anda dan akan menyebakan overheat yang juga boleh merosakkan enjin. Jadi bukan sahaja perjalanan anda mungkin terganggu, anda perlu menukar komponen cooling system anda (contohnya, radiator) dan mungkin jika dibiarkan lama, anda perlu top overhaul atau overhaul.

Sebaiknya gunakan coolant yang telah siap dibancuh dengan air suling atau jika anda membancuhnya sendiri pastikan anda menggunakan air suling. Menggunakan air paip akan memudahkan karat dan keladak pada komponen sistem penyejukan enjin kereta anda. Berapa kerap coolant anda perlu ditukar? Secara kasarnya, setiap 60,000 km atau setiap 2 tahun sekali.

+ BIARKAN MINYAK HITAM BERKURANGAN

Minyak hitam berkurangan mungkin disebabkan bocor atau jika tiada kebocoran, anda mungkin memerlukan top overhaul atau overhaul. Kesan dari minyak hitam berkurangan adalah hampir sama dengan tidak menukar minyak hitam…cuma jika minyak hitam tidak ditukar, enjin anda mungkin tersumbat dan jika minyak hitam anda berkurangan, enjin anda mungkin haus.
Adakah anda terlupa untuk menukar minyak hitam, air filter, minyak gearbox anda, lupa untuk periksa tahap minyak hitam anda atau membiarkan kebocoran (minyak hitam/minyak gearbox/coolant)? Bersegeralah ke bengkel yang boleh dipercayai agar anda dapat mengelakkan masalah yang besar.

PENUTUP

Jagalah kereta anda dengan baik. Kerana jika anda tak jaga kereta anda dengan baik, anda sendiri yang terpaksa tanggung beban kerosakan dan pembaikan yang berlaku. Kereta yang tak di jaga dengan baik juga boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ingat tu.

Filed Under: #GOOGLE, TIPS Tagged With: Cara Jaga Kereta Paling Berkesan, Cara Jaga Kereta Sendiri, Kesilapan Penjagaan Kereta Yang Merugikan, Tips Penjagaan Kereta Sendiri Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TRENDING

  • Petua Orang Tua Dulu-Dulu
  • Cara Macam Mana Nak Mula Berniaga Air Minuman Balang Di Pasar Malam Dan Pekan Sehari
  • Masalah Penulisan Tesis Ijazah & Cara Penyelesaian. – Khidmat Servis Penulis Thesis Ijazah
  • Profil & Biodata Fendy Bakry Artis Dan Selebriti Lelaki Malaysia
  • Buku Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N19.

#KOMENTAR

  • Mohd Rashid Tarihep on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?
  • Mpohd Nawi Che Ali on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?

#ARKIB

  • February 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017

#KATEGORI

  • #GOOGLE
  • ALAM
  • FAKTA
  • MANUSIA
  • MUSLIM
  • SEJARAH
  • SELEBRITI
  • SIHAT
  • TEKNOLOGI
  • TIPS
  • TRENDING
  • UNIK

#TRENDING TERMS

arti dari amalan Allohu latiful bingibadihi yarsukuma yasa wahuwal qowiyul ngaziz, kalimat dia untuk ya latif, Wirid ya latif 1000x, Khasiat ya latif, Wahuwal Latiful hobir, Allohu latipun biibadihi yarjuku manyasau, fadilah baca yaa allah, Surat ya latif, Amalan yafatahu yalatipu untuk pengasihan, Manfaat bacaan ya la, ya latip ya hobir, Khasiat Ya latif untuk PENGASIHAN, Khodam Ya Latif, amalan ya latif, doa pemanggil mantan dari kejauhan dalm alquran, yalatip, manfaat bacaan latifu, khasiat ya latif 1000x, apaartip yalatip yalatipu, Allahu latiifun biibadihi

RSS Berita

  • Polis boleh guna kaedah yang sesuai
  • COVID-19: 3,211 jangkitan baharu, lapan mati hari ini
  • Jaminan kerajaan kepada simpanan pendeposit TH kekal
  • Malton tak terbabit projek Residensi Rimba Kiara
  • Calon SPM, STPM boleh berambut panjang
  • Bangkai kapal tua timbul selepas banjir di Lipis
  • Pembukaan, SOP masjid bidang kuasa Sultan, negeri
  • MITI akan umum status operasi pengeluar kereta
  • Pelajar pulang ke asrama tidak perlu tunjuk ujian saringan
  • PKP di Sibu, Kelantan bermula esok

#TRENDINGSEJARAH

hukuman zaman sekolah

Hukuman Zaman Sekolah Dulu-Dulu Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

#TRENDINGTIPS

Masalah Penulisan Thesis Ijazah & Cara Penyelesaian

Masalah Penulisan Tesis Ijazah & Cara Penyelesaian. – Khidmat Servis Penulis Thesis Ijazah

Petua Dan Cara Untuk Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

Petua Dan Cara Untuk Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

tips kulit licin minyak tea tree

Petua Orang Tua Dulu-Dulu

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

Tips Nak Cepat Kaya Cara Halal

Tips Nak Cepat Jadi Kaya Cara Halalan Toyyiban

#TRENDING GAYA

Drama Dekatkan Jarak Kita (TV3) 2017

Copyright © 2021 · #GoogleJer™ · SeoMalaya · All Rights Reserved ·