#GoogleJer

Googlejer.Com → Fakta Informasi Seluruh Dimensi

  • #Googlejer™
  • #SEJARAH
  • #BERITA
  • #FAKTA
    • #TEKNOLOGI
    • #ARKITEKTUR
    • #HAIWAN
    • #TUMBUHAN
    • #ALAM
    • #GOOGLE
  • #UNIK
  • #SUKAN
  • #GAYA
  • #TIPS

Tanda-Tanda Dan Cara Rawatan Sakit Gigi Geraham Bongsu Salah Kedudukan

Dikemaskini pada 26/07/2018

Jumlah Bacaan : 145

Tanda-Tanda Dan Cara Rawatan Sakit Gigi Geraham Bongsu Salah Kedudukan

Tanda-Tanda Dan Cara Rawatan Sakit Gigi Geraham Bongsu Salah Kedudukan

“Doktor, gigi bawah saya yang hujung sekali sakit sampai ke telinga. Nak buka mulut pun sakit, nak telan makanan pun susah.” Seorang pesakit wanita berusia awal 20 an menceritakan masalahnya.

“Berapa umur adik sekarang?” Tanya saya bukan dengan tujuan nak berkenalan, tapi ada tujuannya.

“24 tahun!” Jawabnya

“Sudah berapa lama sakitnya?”

“Banyak kali dah doktor. Dalam masa 3 bulan ini, dah berulang kali sakit.”

“Boleh doktor periksa gigi adik?” Saya sebenarnya sudah dapat meneka, apakah punca masalahnya walaupun belum memeriksa giginya.

Benar sebagaimana hipotesis (pandangan) awal saya, pesakit ini mempunyai masalah dengan gigi geraham bongsu (wisdom tooth).

Kenapa ia dipanggil dalam masyarakat kita sebagai geraham bongsu? Jawabnya, kita manusia yang normal dikurniakan oleh Allah, masing-masing mempunyai 3 batang gigi geraham besar. Gigi geraham bongsu adalah gigi geraham yang ketiga, paling hujung kedudukannya serta paling akhir masa tumbuhnya ketika seseorang itu berusia dalam lingkungan 19 – 23 tahun.

Pesakit yang saya ceritakan ini sudah berusia 24 tahun, sepatutnya gigi geraham bongsunya telah tumbuh sepenuhnya dengan sempurna. Tetapi kenapa dia mengadu kesakitan?

Pemeriksaan saya mendapati, gigi geraham bongsunya berada dalam kedudukan condong, bukannya menegak. Hanya sedikit sahaja dari bahagian gigi tersebut yang keluar sementara bakinya masih terbenam di bawah gusi. Keadaan gigi yang condong itu menghalangnya daripada tumbuh dengan sempurna. Di dalam istilah pergigian, ia disebut ‘impacted wisdom tooth’ (geraham bongsu terimpak).

Apabila gigi ini tak dapat tumbuh dengan sempurna, akan terbentuk satu lapisan gusi yang menutup di bahagian atas gigi tersebut. Lapisan gusi inilah yang selalunya terkena jangkitan kuman sehingga menyebabkan kesakitan. Memang kesakitan disebabkan masalah geraham bongsu akan menyebabkan pesakit sukar untuk membuka mulut dan menelan makanan.

Kedudukan gigi dalam keadaan condong juga akan membentuk kawasan yang menjadi perangkap makanan di antara geraham bongsu ini dengan gigi di hadapannya sehingga kemungkinan untuk sisa makanan yang terperangkap tersebut menjadi punca kepada berlakunya karies gigi adalah tinggi. Karies ini boleh berlaku bukan hanya kepada geraham bongsu tersebut, malah kadang-kadang turut melibatkan gigi bersebelahan.

Tanda-Tanda Dan Cara Rawatan Sakit Gigi Geraham Bongsu Salah Kedudukan

Bagaimana Penyelesaiannya?

Gigi yang tumbuh dengan posisi condong yang tak normal ini bolehlah kita istilahkan sebagai gigi yang tak memberi sebarang fungsi. Bukan setakat tak berfungsi, ia juga membawa masalah kepada tuannya. Tak ada pilihan lain kecuali gigi ini perlu dicabut. Tetapi oleh kerana kedudukannya yang condong serta sebahagian besar gigi ini masih terbenam di dalam tulang rahang di bawah gusi, maka pembedahan kecil perlu dilakukan untuk mengeluarkannya.

Bagaimana Kaedahnya?

Pembedahan ini hanya pembedahan kecil yang boleh dibuat di kerusi pergigian dengan bius setempat (local anesthesia) secara suntikan sahaja. Di dalam kes apabila gigi geraham bongsu yang terbenam ini bilangannya lebih dari sebatang dan pesakit memohon untuk mencabut kesemuanya secara sekaligus, pembedahan ini juga boleh dilakukan di bawah bius am (general anesthesia).

Kr: Azman Ibrahim

Hasil Carian #GoogleJer :

  • lubang antara geraham bongsu

Filed Under: FAKTA, MANUSIA Tagged With: Gigi Geraham Bongsu, Sakit Gigi Sampai Telinga Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TRENDING

  • Petua Orang Tua Dulu-Dulu
  • Cara Macam Mana Nak Mula Berniaga Air Minuman Balang Di Pasar Malam Dan Pekan Sehari
  • Masalah Penulisan Tesis Ijazah & Cara Penyelesaian. – Khidmat Servis Penulis Thesis Ijazah
  • Profil & Biodata Fendy Bakry Artis Dan Selebriti Lelaki Malaysia
  • Buku Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N19.

#KOMENTAR

  • Mohd Rashid Tarihep on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?
  • Mpohd Nawi Che Ali on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?

#ARKIB

  • February 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017

#KATEGORI

  • #GOOGLE
  • ALAM
  • FAKTA
  • MANUSIA
  • MUSLIM
  • SEJARAH
  • SELEBRITI
  • SIHAT
  • TEKNOLOGI
  • TIPS
  • TRENDING
  • UNIK

#TRENDING TERMS

doa ya latif 4000, bentuk faraj wanita, Khasiat Ya latif untuk PENGASIHAN, kunci doa yalatif, rahsia warna merah, Ya latif 3000 kali, Paedah membaca alohulatipun, arti dari amalan Allohu latiful bingibadihi yarsukuma yasa wahuwal qowiyul ngaziz, kalimat dia untuk ya latif, Wirid ya latif 1000x, Khasiat ya latif, Wahuwal Latiful hobir, Allohu latipun biibadihi yarjuku manyasau, fadilah baca yaa allah, Surat ya latif, Amalan yafatahu yalatipu untuk pengasihan, Manfaat bacaan ya la, ya latip ya hobir, Khodam Ya Latif, amalan ya latif

RSS Berita

  • Pakej bantuan PERMAI ringankan beban rakyat
  • KETENGAH salur bakul makanan bantu mangsa banjir di Johor, Pahang
  • Jutawan Mexico, Carlos Slim dijangkiti COVID-19
  • MAQIS rampas ayam sejuk beku 61 tan
  • Isu keganasan rumah tangga meningkat ketika PKP
  • Perintah 'Beli buatan Amerika' Biden untuk tingkatkan pembuatan AS
  • Tiga lagi sekolah rendah ditutup akibat COVID-19
  • Kumpul lebih satu tan al-Quran rosak akibat banjir
  • Guardiola puji Allardyce
  • PM Itali letak jawatan, tubuh kerajaan baharu

#TRENDINGSEJARAH

hukuman zaman sekolah

Hukuman Zaman Sekolah Dulu-Dulu Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

#TRENDINGTIPS

Khasiat Vitamin C Buah-Buahan

Kesan Pengambilan Vitamin C Kepada Tubuh Badan Manusia

Petua Dan Cara Untuk Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

Petua Dan Cara Untuk Hilangkan Batuk Secara Semulajadi

Tips Nak Cepat Kaya Cara Halal

Tips Nak Cepat Jadi Kaya Cara Halalan Toyyiban

Masalah Penulisan Thesis Ijazah & Cara Penyelesaian

Masalah Penulisan Tesis Ijazah & Cara Penyelesaian. – Khidmat Servis Penulis Thesis Ijazah

Cara Merawat Kulit Yang Kusam Dengan Berkesan

8 Cara Merawat Kulit Kusam Secara Semulajadi

#TRENDING GAYA

Drama Dekatkan Jarak Kita (TV3) 2017

Copyright © 2021 · #GoogleJer™ · SeoMalaya · All Rights Reserved ·