#GoogleJer

Googlejer.Com → Fakta Informasi Seluruh Dimensi

  • #Googlejer™
  • #SEJARAH
  • #BERITA
  • #FAKTA
    • #TEKNOLOGI
    • #ARKITEKTUR
    • #HAIWAN
    • #TUMBUHAN
    • #ALAM
    • #GOOGLE
  • #UNIK
  • #SUKAN
  • #GAYA
  • #TIPS

5 Sikap Buruk Pemandu Kereta Auto. No.5 Paling Ramai Buat.

Dikemaskini pada 29/12/2017

Jumlah Bacaan : 330

5 Sikap Buruk Pemandu Kereta Auto. No.5 Paling Ramai Buat. Rata-rata pemandu di KL lebih memilih untuk memandu kereta automatik kerana kesesakan lalu lintas yang kronik menyebabkan mereka lebih senang untuk memandu jenis kenderaan ini.

Kereta auto lebih mudah diselenggarakan kerana anda tidak perlu menukar gear seperti yang dilakukan pada kereta manual.

Namun, masih ramai yang terlepas pandang tentang beberapa perkara untuk menjaga kereta auto ini.

Walaupun dah diajar cara penjagaan kereta semasa di dalam kelas memandu, biasalah ada yang acuh tak acuh dan

Nak kereta anda tahan lama dan sentiasa power? Jom ikut 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pemandu langkah ini dalam memastikan kereta jenis auto sentiasa berada dalam kondisi yang baik.

sikap pemandu kereta auto di malaysia

1. Turun bukit dengan gear ‘N’

Anda mungkin berfikir ia dapat menjimatkan minyak kerana enjin tidak bergerak dengan banyak ketika ingin menuruni bukit.

Namun, perlu anda tahu bahawa, tanpa meneutralkan gear sekali pun, pada ketika itu kereta memang sudah dalam mode mengurangkan penggunaan minyak. Jadi, tidak ada gunanya jika anda menetapkannya kepada gear ‘N’.

2. Memecut guna gear ‘N’

Dek kerana feeling-feeling dalam filem Fast & Furious, ramai pemandu yang memecut laju bak seorang pelumba drag dalam posisi kereta berhenti atau sedang dalam gear ‘N’. Enjin dilajukan (rev) sehingga meter RPM mencanak naik sebelum memasukkan gear ‘D’ bagi mendapatkan ekstra kuasa pecutan.

Dalam situasi ini, anda sedang meletakkan tekanan ke atas gelung transmisi dan jika konsisten memecut dengan cara ini, bersedialah untuk menghantar kereta ke bengkel.

Teknik selamat, sepatutnya biar saja kereta dalam gear ‘D’. Letakkan satu kaki pada brek, manakala satu kaki lagi memijak pedal minyak. Jangan ambil masa terlalu lama kerana kepanasan yang dibina juga mampu merosakkan transmisi.

3. Gear ‘N’ semasa berhenti di traffic light

Ramai yang menganggap bila menggunakan gear ‘D’, kereta akan menggunakan lebih minyak. Namun, jika memandu kereta auto, tidak perlu untuk menukar gear ‘N’ ketika berhenti di traffic light atau ketika jalan jammed. Proses pertukaran gear D-N-D yang kerap boleh menyebabkan transmisi haus.

Malah, berhenti dalam gear ‘D’ dengan membrek secara normal tanpa memijak pedal minyak tidak akan merosakkan transmisi kereta anda.

4. Tukar gear ‘P’ sebelum berhenti

Nak cepat sangat sampaikan kereta belum betul-betul berhenti tapi anda dah tukar gear kepada ‘P’. Ini boleh menyebabkan tuas parkir (parking pawl) bertindak seakan brek dan boleh memusnahkan semua proses.

Tabiat buruk ini perlu dihakis segera dan anda hanya perlu mematikan enjin kenderaan dan tekan brek perlahan-lahan. Cara ini dapat memberikan hasil yang sama tanpa merosakkan sistem transmisi.

5. Tidak berhenti sepenuhnya sebelum tukar gear

Sama seperti alasan di atas, kerana terlalu gopoh dan nak cepat, anda terus menukar gear ‘R’ kepada ‘D’, atau sebaliknya tanpa menunggu kereta berhenti terlebih dahulu.

Setiap kali menukar gear, pengapit gelung transmisi (transmission band clamp) akan berada pada gear, tetapi jika tidak berhenti sepenuhnya, gelung transmisi tersebut yang akan menghentikan kereta.

Jadi, kalau tak mahu kereta anda bermasalah di kemudian hari, jangan lakukan lima perkara-perkara yang telah kami kongsi kan ini.

Tak salah berhati-hati daripada duit melayang ke bengkel kan?

SUMBER

Filed Under: FAKTA Tagged With: 5 Perkara Di Larang Buat Bawa Kereta Auto, Perangai Pemandu Kereta Auto Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#TRENDING

  • Petua Orang Tua Dulu-Dulu
  • Cara Macam Mana Nak Mula Berniaga Air Minuman Balang Di Pasar Malam Dan Pekan Sehari
  • Masalah Penulisan Tesis Ijazah & Cara Penyelesaian. – Khidmat Servis Penulis Thesis Ijazah
  • Profil & Biodata Fendy Bakry Artis Dan Selebriti Lelaki Malaysia
  • Buku Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N19.

#KOMENTAR

  • Mohd Rashid Tarihep on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?
  • Mpohd Nawi Che Ali on Siapa Ustaz Auni Yang Di Gelar Dr. Zakir Naik Malaysia?

#ARKIB

  • February 2020
  • October 2019
  • September 2019
  • October 2018
  • September 2018
  • August 2018
  • July 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017

#KATEGORI

  • #GOOGLE
  • ALAM
  • FAKTA
  • MANUSIA
  • MUSLIM
  • SEJARAH
  • SELEBRITI
  • SIHAT
  • TEKNOLOGI
  • TIPS
  • TRENDING
  • UNIK

#TRENDING TERMS

arti dari amalan Allohu latiful bingibadihi yarsukuma yasa wahuwal qowiyul ngaziz, kalimat dia untuk ya latif, Wirid ya latif 1000x, Khasiat ya latif, Wahuwal Latiful hobir, Allohu latipun biibadihi yarjuku manyasau, fadilah baca yaa allah, Surat ya latif, Amalan yafatahu yalatipu untuk pengasihan, Manfaat bacaan ya la, ya latip ya hobir, Khasiat Ya latif untuk PENGASIHAN, Khodam Ya Latif, amalan ya latif, doa pemanggil mantan dari kejauhan dalm alquran, yalatip, manfaat bacaan latifu, khasiat ya latif 1000x, apaartip yalatip yalatipu, Allahu latiifun biibadihi

RSS Berita

  • Polis boleh guna kaedah yang sesuai
  • COVID-19: 3,211 jangkitan baharu, lapan mati hari ini
  • Jaminan kerajaan kepada simpanan pendeposit TH kekal
  • Malton tak terbabit projek Residensi Rimba Kiara
  • Calon SPM, STPM boleh berambut panjang
  • Bangkai kapal tua timbul selepas banjir di Lipis
  • Pembukaan, SOP masjid bidang kuasa Sultan, negeri
  • MITI akan umum status operasi pengeluar kereta
  • Pelajar pulang ke asrama tidak perlu tunjuk ujian saringan
  • PKP di Sibu, Kelantan bermula esok

#TRENDINGSEJARAH

hukuman zaman sekolah

Hukuman Zaman Sekolah Dulu-Dulu Yang Mungkin Anda Tak Pernah Tahu

#TRENDINGTIPS

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41

Buku Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir

Buku Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Gred N19.

Tips Nak Cepat Kaya Cara Halal

Tips Nak Cepat Jadi Kaya Cara Halalan Toyyiban

urut tapak kaki sebelum tidur

Kenapa Kena Urut Tapak Kaki Dengan Betul

tips kulit licin minyak tea tree

Petua Orang Tua Dulu-Dulu

#TRENDING GAYA

Drama Dekatkan Jarak Kita (TV3) 2017

Copyright © 2021 · #GoogleJer™ · SeoMalaya · All Rights Reserved ·